Wednesday, 1 November 2017

KEM NILAM DAN PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI 2017

Pemenang Anugerah NILAM
Peringkat Negeri 2017
Program ini telah dilaksanakan 25.9.2017 hingga 27.9.2017 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang .

Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pemenang Peringkat Zon Pusat Kegiatan Guru di Pulau pinang.
Dalam Kem Nilam ini peserta telah didedahkan dengan bengkel Penulisan yang disampaikan oleh En Basri Mat Yasit dari Mobile Book Cafe..

Aktiviti Berkumpulan
Bagi memupuk semangat kerjasama dan motovasi, perserta telah dilibatkan dengan beberapa aktiviti sampingan seperti Ice breaking dan aktiviti berkumpulan..
    Pemilihan Tokoh NILAM telah dimulakan dengan ujian bertulis pada hari pertama dengan ujian bertulis dan ujian lisan individu dan ujian lisan berkumpulan pada hari kedua.

 Majlis Anugerah Nilam telah diadakan pada 27. 9 .2017 dan disampaikan oleh Ketua Penilong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Bengkel Penulisan 
Ujian Lisan
[Continue reading...]

Tuesday, 13 June 2017

MAJLIS ANUGERAH PUSAT SUMBER PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2016


Majlis Anugerah Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang Telah diadakan pada 4.5.2017 bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara.Bukit Mertajam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah.Seramai 600 orang telah hadir ke majlis ini. Mereka terdiri daripada Pengetua, Guru Besar dan Guru Perpustakaan dan Media.

Berikut adalah senarai Penerima Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri :
1. Kategori Sekolah Menengah :
    1. SMK Chung Ling Butterworth
    2. SM Sains Kepala Batas
    3. SMJK Heng Ee

    Saguhati
    1. SMK Bandar Tasek Mutiara
    2. SMK Teluk Kumbar

2. Kategori Sekolah Rendah
   1. SJKC Union
   2. SJKC Jit Sin B
   3. SK Bertam Indah

 Saguhati
  1. SJKC Jit Sin A
  2. SK Seri Tasek










[Continue reading...]

Saturday, 3 June 2017

SEMINAR PEMBESTARIAN DAN PUSAT SUMBER 2017

 Seminar Pembestarian Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 4.5.2017 bertempat di  Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Bukit Mertajam bersempena dengan Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan Pulau Pinang 2017.

Seminar ini telah disampaikan oleh Puan Fadzliaton bt  Zainudin Dari BTP Kuala Lumpur.
[Continue reading...]

TAKKLIMAT NILAM PROGRAM NILAM DITAMBAH BAIK UNTUK PENGETUA , GURU BESAR DAN GPM PULAU PINANG


Taklimat Program NILAM ditambah baik ini telah disampaikan oleh En. Roshidi Bin Mat, Pegawai Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang pada 4.5.2017 bersempena dengan  Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan Pulau Pinang 2017.

Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerang berkaitan Program NILAM yang ditambah baik yang bermula secara berperingkat mulai 2017. Program NILAM  akan dijalankan sepenuhnya disemua sekolah di seluruh Malaysia pada 2018. Pemahaman Pentadbir Sekolah mengenai program ini diharab dapat melancarkan pelaksaan program ini di sekolah.

[Continue reading...]

Wednesday, 5 April 2017

MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2017




Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia telah diadakan pada 4.4.2017 serentak dengan pelancaran peringkat kebangsaan. Majlis ini diadakan di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang.

Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh En Mohd. Jamil bin Mohamed. Seramai 160 orang termasuk pengetua, guru perpustakaan dan media dan murid dari beberapa sekolah terpilih sekitar Seberang Perai.

Sebelum Majlis Pelancaran diadakan murid- murid terlibat dengan pelbagai aktiviti bersama Pegawai Perbadanan Perpustakaan seperti latihan  dalam kumpulan, resensi buku, pidato dan jejak  maklumat.



[Continue reading...]

Thursday, 23 February 2017

BENGKEL KURSUS ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER 2017

Peserta Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 2017











        Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang telah dilaksanakan pada 21.2.2017 hingga 23.2.2017. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas pengurusan pusat sumber sekolah kepada Guru perpustakaan dan Media (GPM) yang baru dilantik.
             Dalam bengkel ini GPM telah didedahkan dengan beberapa bidang pengurusan pusat sumber sekolah antaranya ialah  Konsep Asas Pusat Sumber , Program NILAM, Fail Meja , Fail Kuasa , Pusat Sumber Elektronik, Pengurusan dan pentadbiran PSS, Literasi Maklumat, Persediaan mengajar dan Kandungan Sukatan Mengajar  untuk GPM Proses Teknik dan Pilih Buang.
         Semoga bengkel ini dapat membantu GPM mengurus Pusat sumber Sekolah dengan baik apabila kembali ke sekolah .Perasmian penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Yusoff Bin Sahab, Ketua Penolong Pengarah , Bahagian Teknologi Pendidikan  Negeri Pulau Pinang


Klik Untuk Lihat Gambar

[Continue reading...]

Thursday, 9 February 2017

BENGKEL ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2017

HEBAHAN

BENGKEL ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2017

Tarikh : 21 - 23 Fenruari 2017
Tempat : Bilik Pinang
              Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Peserta : Guru Perpustakaan dan Media yang baru dilantik.
[Continue reading...]
 
Copyright © . USE - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger