Thursday, 22 September 2016

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2016

       Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat 2016 telah diadakan pada 19 dan 20 September 2016 bertempat di BTPN Pulau Pinang. Seramai 40 murid sekolah menengah telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Terdapat Empat Kategori dipertandingkan iaitu Kategori Sekolah Rendah Bahasa Malaysia, Kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris, Kategori Sekolah Menengah Bahasa Malaysia dan sekolah Menengah bahasa Inggeris.

           Dalam pemilihan Tokoh NILAM ini peserta diuji dengan ujian penulisan dan ujian lisan individu dan ujian lisan berkumpulan. Ujian bertulis telah diadakan pada 19 September 2016 pada pukul  8 malam manakala ujian lisan diadakan pada 20 September 2016 pukul 8 pagi sehingaan 1 tengah hari.
 
Copyright © . USE - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger