Thursday, 22 September 2016

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2016

       Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat 2016 telah diadakan pada 19 dan 20 September 2016 bertempat di BTPN Pulau Pinang. Seramai 40 murid sekolah menengah telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Terdapat Empat Kategori dipertandingkan iaitu Kategori Sekolah Rendah Bahasa Malaysia, Kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris, Kategori Sekolah Menengah Bahasa Malaysia dan sekolah Menengah bahasa Inggeris.

           Dalam pemilihan Tokoh NILAM ini peserta diuji dengan ujian penulisan dan ujian lisan individu dan ujian lisan berkumpulan. Ujian bertulis telah diadakan pada 19 September 2016 pada pukul  8 malam manakala ujian lisan diadakan pada 20 September 2016 pukul 8 pagi sehingaan 1 tengah hari.
[Continue reading...]

Wednesday, 21 September 2016

KEM NILAM PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Latihan Persembahan Bahasa Bermadah
          Pada 19 dan 20 September 2016, Bahagian Teknologi Pendidikan Pulau Pinang (BTPN PP dan Persatuan Pusat Sumber Pulau Pinang telah menganjurkan Kem NILAM Peringkat Negeri Pulau Pinang 2016.

          Tujuan kem ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk menghadapi Pemilihan Tokoh NILAM 2016. 
         
 Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Majlis Suai Kenal, Literasi Maklumat, Pidato Spontan dan taklimat berkaitan pemilihan Tokoh NILAM.

Taklimat Program
           Peserta kem ini terdiri daripada 40 orang pemenang dan peserta Pemilihan Nilam Zon PKG Pulau Pinang . Diharapkan  kem ini dapat memberi pengalaman baru dan membantu peserta yang akan terlibat dalam PEmilihan tokoh NILAM.




Aktiviti Suai Kenal

Aktiviti Literasi Maklumat

Pendaftaran

[Continue reading...]
 
Copyright © . USE - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger