Friday, 29 April 2016

SEMINAR LITERASI MAKLUMAT & PEMBELAJARAN ABAD KE 21


Seminar Literasi Maklumat X Pembelajaran Abad ke 21 ini telah diadakan pada 28 April 2016 bertempat di Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai . Seminar ini adalah anjuran bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Piang dan Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang. Seminar ini disampaikan oleh Hjh Norhayati bt Razali dari Perbadanan Kota Buku. Kuala Lumpur.Seramai 700 orang peserta telah menghadiri seminar ini, mereka terdiri daripada Pengetua, Guru besar dan Guru Perpustakaan dan Media dari seluruh Pulau Pinang.

Matlamat utama seminar ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman semua pihak khususnya GPM mengenai asas kepada sumber maklumat dalam mewujudkan Pusat Sumber Abad 21.Ia juga untuk menggalakkan sekolah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan Pusat Sumber Sekolah / sumber pendidikan serta menggalakkan warga sekolah mengamalkan budaya ilmu yang berkualiti selaras dengan tahap konsep pendidikan bestari serta pembudayaan media dan teknologi pendidikan.
 
Copyright © . USE - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger