Wednesday, 20 April 2016

PENILAIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG



Pada tahun 2016 sebanyak 12 buah sekolah telah dicalonkan untuk Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri. Dua kategori dipertandingkan iaitu kategori sekolah rendah dan kategori sekolah menengah. Enam buah sekolah yang dicalonkan untuk sekolah rendah ialah SK Seberang Jaya, SK Jawi, SK Pokok Sena, SJKC Union, SK Tan Sri Awang Had Salleh dan Johan menunggu SK Telok Air Tawar.

Kategori sekolah menengah pula
ialah SMK Permatang Pasir, SMK Mak Mandin,
Kolej Vokasional Nibong Tebal, SMK Teluk Kumbar, SMK Perempuan Methodist dan Johan menunggu SMJK Heng Ee.
Penilaian PSS ini telah diketuai oleh En. Muhammad Fauzi bin Shaari, En. Abdul Halim bin Saad, En Humaidi bin Saad, En Roshidi bin Mat, Pn Hindon bin Ahmad dan Pn Norizan bt Md Said.Penilaian ini menggunakan instrumen peringkat kebangsaan yang mempunyai enam bahagian iaitu:

A. Kemudahan Fizikal, Peralatan
     Dan Bahan
B. Pengurusan Dan Pengelolaan            Bahan
C. Penggunaan PSS
D.Program Galakkan Membaca              (NILAM)
E. Literasi Maklumat
F. Program Peningkatan /Pelan             Startegik PSS
G. Kriteria Khusus

Penilaian ini bermula pada pada 11 April 2016 di sekolah SK Seberang Jaya dan berakhir pada 19 April 2016 di SK Tan Sri Awang Had Salleh. Sepanjang penilaian ini boleh dikatakan semua sekolah memberi komitmen yang tinggi dan membuat persediaan yang rapi untuk menaikkan nama sekolah dalam bidang Pusat Sumber sekolah ini. Syabas dan Tahniah kepada sekolah yang tercalon pada Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri tahun 2016. Pusat Sember Sekolah yang dinobatkan sebagai Juara akan mewakili Pulau Pinang pada Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2016.
 
Copyright © . USE - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger