Tuesday, 5 April 2016

PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2016 - PULAU PINANG


 Majlis Pelancaran KM1M 2016 Peringkat Pulau Pinang telah dilaksanakan pada  4.4.2016 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Majlis ini Telah dirasmikan oleh Timbalan PPD daerah  Seberang Perai Utara dan di hadiri oleh Pengetua , Guru Besar ahli PKG Tasek Gelugor. Seramai 100 orang murid dari SMKA Al Irshad, SMK Pokok Sena , SK Pokok Sena , SJKT Ladang Malakoff dan SJKC Lee Chee telah dijemput bagi memeriahkan majlis pelancaran ini.

Majlis ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh KPP BTPN Pulau Pinang seterusnya ucapan perasmian dan Pelancaran KM1M oleh Timbalan PPD Seberang Perai Utara. Seterusnya semua hadirin terelibat dengan Program Membaca 15 minit. Majlis diserikan lagi dengan persembahan Pidato dari SMK Al Irshad dan SK Permatang Bertam. Persembahan Bercerita dari murid SK Pokok Sena dan  Resensi Buku dari wakil SMK Pokok Sena.

BTPN Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada hadirin, semua wakil sekolah dan warga kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.











 
Copyright © . USE - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger