Friday, 29 April 2016

SEMINAR LITERASI MAKLUMAT & PEMBELAJARAN ABAD KE 21


Seminar Literasi Maklumat X Pembelajaran Abad ke 21 ini telah diadakan pada 28 April 2016 bertempat di Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai . Seminar ini adalah anjuran bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Piang dan Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang. Seminar ini disampaikan oleh Hjh Norhayati bt Razali dari Perbadanan Kota Buku. Kuala Lumpur.Seramai 700 orang peserta telah menghadiri seminar ini, mereka terdiri daripada Pengetua, Guru besar dan Guru Perpustakaan dan Media dari seluruh Pulau Pinang.

Matlamat utama seminar ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman semua pihak khususnya GPM mengenai asas kepada sumber maklumat dalam mewujudkan Pusat Sumber Abad 21.Ia juga untuk menggalakkan sekolah meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan Pusat Sumber Sekolah / sumber pendidikan serta menggalakkan warga sekolah mengamalkan budaya ilmu yang berkualiti selaras dengan tahap konsep pendidikan bestari serta pembudayaan media dan teknologi pendidikan.
[Continue reading...]

ANUGERAH NILAM KEBANGSAAN 2016

Pemilihan calon Anugerah NILAM Kebangsaan (ANK)bermula pada 25.4.2016 hingga 29.4.2016.Calon ANK dari Pulau Pinang terdiri daripada : 
Stella Anne Teoh Ming Hui  (SMJK Perempuan China) Kategori SMBI ) Nur Suhaila binti Ismail (SMKA (P) Al- Mashoor) Kategori SMBM Chin Chian Yin (SJKC Shih Chung Cawangan) (Kategori SRBI) Nurul Aqilah binti Azharuddin(SK Permatang Bertam)Kategori SRBM)
      Pemilihan ini bermula dengan pencarian maklumat di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam pada 26.5.2015. Pada malamnya semua peserta perlu menduduki ujian penulisan.Pada hari ke 3 dan ke 4 calon menghadapi temuduga secara individu dan berkumpulan.
     Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan Telah diadakan di MAEPS Serdang bersempena Pelancaran Pesta Buku antara Bangsa Kuala Lumpur. Calon NILAM Pulau Pinang Stella Anne Teoh telah dinobatkan sebagai naib juara Kategori Sekolah menengah Bahasa Inggeris, Manakala Nur Suhaila binti Ismail telah mendapat tempat saguhati (tempat ke empat).masing-masing membawa balik wang tunai bernilai RM 800 dan RM 200.
Tahniah kepada semua calon.
[Continue reading...]

Wednesday, 20 April 2016

PENILAIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG



Pada tahun 2016 sebanyak 12 buah sekolah telah dicalonkan untuk Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri. Dua kategori dipertandingkan iaitu kategori sekolah rendah dan kategori sekolah menengah. Enam buah sekolah yang dicalonkan untuk sekolah rendah ialah SK Seberang Jaya, SK Jawi, SK Pokok Sena, SJKC Union, SK Tan Sri Awang Had Salleh dan Johan menunggu SK Telok Air Tawar.

Kategori sekolah menengah pula
ialah SMK Permatang Pasir, SMK Mak Mandin,
Kolej Vokasional Nibong Tebal, SMK Teluk Kumbar, SMK Perempuan Methodist dan Johan menunggu SMJK Heng Ee.
Penilaian PSS ini telah diketuai oleh En. Muhammad Fauzi bin Shaari, En. Abdul Halim bin Saad, En Humaidi bin Saad, En Roshidi bin Mat, Pn Hindon bin Ahmad dan Pn Norizan bt Md Said.Penilaian ini menggunakan instrumen peringkat kebangsaan yang mempunyai enam bahagian iaitu:

A. Kemudahan Fizikal, Peralatan
     Dan Bahan
B. Pengurusan Dan Pengelolaan            Bahan
C. Penggunaan PSS
D.Program Galakkan Membaca              (NILAM)
E. Literasi Maklumat
F. Program Peningkatan /Pelan             Startegik PSS
G. Kriteria Khusus

Penilaian ini bermula pada pada 11 April 2016 di sekolah SK Seberang Jaya dan berakhir pada 19 April 2016 di SK Tan Sri Awang Had Salleh. Sepanjang penilaian ini boleh dikatakan semua sekolah memberi komitmen yang tinggi dan membuat persediaan yang rapi untuk menaikkan nama sekolah dalam bidang Pusat Sumber sekolah ini. Syabas dan Tahniah kepada sekolah yang tercalon pada Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri tahun 2016. Pusat Sember Sekolah yang dinobatkan sebagai Juara akan mewakili Pulau Pinang pada Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2016.
[Continue reading...]

Tuesday, 5 April 2016

PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2016 - PULAU PINANG


 Majlis Pelancaran KM1M 2016 Peringkat Pulau Pinang telah dilaksanakan pada  4.4.2016 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Majlis ini Telah dirasmikan oleh Timbalan PPD daerah  Seberang Perai Utara dan di hadiri oleh Pengetua , Guru Besar ahli PKG Tasek Gelugor. Seramai 100 orang murid dari SMKA Al Irshad, SMK Pokok Sena , SK Pokok Sena , SJKT Ladang Malakoff dan SJKC Lee Chee telah dijemput bagi memeriahkan majlis pelancaran ini.

Majlis ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh KPP BTPN Pulau Pinang seterusnya ucapan perasmian dan Pelancaran KM1M oleh Timbalan PPD Seberang Perai Utara. Seterusnya semua hadirin terelibat dengan Program Membaca 15 minit. Majlis diserikan lagi dengan persembahan Pidato dari SMK Al Irshad dan SK Permatang Bertam. Persembahan Bercerita dari murid SK Pokok Sena dan  Resensi Buku dari wakil SMK Pokok Sena.

BTPN Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada hadirin, semua wakil sekolah dan warga kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.











[Continue reading...]
 
Copyright © . USE - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger