Thursday, 31 March 2016

BENGKEL ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2016

   Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah diadakan mulai 28 Mac 2016 sehingga 30 Mac 2016 bertempat di Bilik Pinang, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang (BTPN). Bengkel tiga hari ini telah disertai oleh 65 orang, Guru Perpustakaan dan Media (GPM) yang baru dilantik dari seluruh negeri Pulau Pinang.
      
       Dalam bengkel ini GPM telah didedahkan dengan pelbagai bidang berkaitan pengurusan pusat sumber sekolah antaranya, Pengurusan Pusat Sumber, Literasi Maklumat, Pengkatalogan, Proses Teknik, Pilih Buang , Pengurusan Rancangan Waktu Mengajar dan Pengurusan Pusat Sumber Abad ke 21.

     BTPN Pulau Pinang berharap bidang-bidang yang dibengkelkan dapat meningkatkan pemahaman dan membantu GPM dalam menguruskan Pusat Sumber di sekolah masing-masing.



 
Copyright © . USE - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger