Thursday, 31 March 2016

BENGKEL ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2016

   Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah diadakan mulai 28 Mac 2016 sehingga 30 Mac 2016 bertempat di Bilik Pinang, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang (BTPN). Bengkel tiga hari ini telah disertai oleh 65 orang, Guru Perpustakaan dan Media (GPM) yang baru dilantik dari seluruh negeri Pulau Pinang.
      
       Dalam bengkel ini GPM telah didedahkan dengan pelbagai bidang berkaitan pengurusan pusat sumber sekolah antaranya, Pengurusan Pusat Sumber, Literasi Maklumat, Pengkatalogan, Proses Teknik, Pilih Buang , Pengurusan Rancangan Waktu Mengajar dan Pengurusan Pusat Sumber Abad ke 21.

     BTPN Pulau Pinang berharap bidang-bidang yang dibengkelkan dapat meningkatkan pemahaman dan membantu GPM dalam menguruskan Pusat Sumber di sekolah masing-masing.



[Continue reading...]

Sunday, 13 March 2016

JADUAL KURSUS ASAS GPM 2016

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP) Bahagian Teknologi Pendidikan akan mengadakan Kursus Asas Pusat Sumber untuk Guru GPM yang baru dilantik. Bersama ini dilampirkan Jadual Kursus tersebut untuk persedian tuan / puan.Sila semak dibahagian muat turun.
[Continue reading...]

Wednesday, 2 March 2016

KUTIPAN DATA NILAM 2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
  • Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) 
  • Setiausaha Nilam Sekolah
KUTIPAN DATA NILAM 2016
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2.  Berikut dilampirkan SURAT KUTIPAN DATA NILAM 2016  dan Template Intream data NILAM Rek Rendah dan Sek Menengah untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.

Catatan : Surat tersebut dan template intrime pengisian data NILAM telahpun dihantar melalui email Sekolah.

[Continue reading...]
 
Copyright © . USE - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger