Saturday, 7 February 2015

BENGKEL PEMBINAAN MODUL LITERASI MAKLUMAT 2015


Unit Pengurusan Sumber Pendididikan(UPSP), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang (BTPNPP) dengan Kerjasama Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang(PPSSPP) telah mengajurkan Bengkel Pembinaan Modul Literasi Maklumat (LM) 2015 pada 4 Februari 2015 hingga  Februari 2015 bertempat di BTPN Pulau Pinang. Bengkel ini bertujuan untuk mewujudkan satu skema sebagai panduan kepada guru perpustakaan dan media menyediakan perancangan aktiviti LM  dan dokumentasi .

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada guru perpustakaan dan media, pegawai pendidikan  dari Pejabat Pendidikan Daerah, Pegawai Teknologi Pendidikan dari Pusat Kegiatan Guru dan Pegawai Teknologi Pendidikan BTPNPP. Puan Hj Jusniar bt Abd Jalil, Pengetua SMK Permatang Tok Jaya, Kepala  Batas telah dilantik untuk menyampaikan ceramah dalam bengkel ini.

Bengkel ini juga secara tidak langsung memberi panduan kepada peserta untuk lebih memahami kehendak Instrumen Penilaiaan Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan yang akan digunakan di semua sekolah di Pulau Pinang pada tahun ini.



 
Copyright © . USE - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger