Wednesday, 18 November 2015

ANUGERAH NILAM PULAU PINANG 2015

Majlis Anugerah NILAM 2015 telah dilaksanakan pada 17 November 2015 bertempat di Dewan SK Pokok Sena. Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik Dr Hj Mohd Nazari bin Yaakob. Majlis ini bertujan untuk memberi pengikhtirafan kepada pemenang pembaca terbanyak peringkat Pusat Kegiatan Guru , Pemenang Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah dan Pemenang Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM PeringkatNegeri Pulau Piang 2015.

Pemenang Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri akan mewakili Negeri Pulau Pinang pada  Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Kebangsaan pada tahun 2016.Majlis ini adalah anjuran bersama JPPP, PPD ,BTPNPP dan Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang. Berikut adalah Pemenang Peringkat Negeri :

KATEGORI SM BAHASA INGGERIS

Stella Anne Teoh Ming Hui (SMJK Perempuan China)

KATEGORI SM BAHASA MALAYSIA

Nur Suhaila binti Ismail (SMKA (P) Al- Mashoor)

KATEGORI SR BAHASA INGGERIS

Chin Chian Yin (SJKC Shih Chung Cawangan)

KATEGORI SR BAHASA MALAYSIA

Nurul Aqilah binti Azharuddin (SK Permatang Bertam)







[Continue reading...]

Wednesday, 30 September 2015

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI 2015



Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat 2015 telah diadakan pada 29 dan 30 September 2015 bertempat di BTPN Pulau Pinang. Seramai 40 murid sekolah menengah telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Terdapat Empat Kategori dipertandigkan iaitu Kategori Sekolah Rendah Bahasa Malaysia, kategori Sekolah rendah Bahasa Inggeri, Kategori Sekolah Menengah Bahasa Malaysia dan sekolah Menengah bahasa Inggeris.


[Continue reading...]

Friday, 11 September 2015

KEM NILAM PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2015

Kem NILAM Peringkat Negeri Pulau Pinang 2015 telah dilaksanakan pada 7 September 2015 hingga 10 September 2015 bertempat di BTPN Pulau Pinang. Selama tiga hari empat balam , peserta telah di dedah kan dengan beberapa aktiviti, antaranya Perkongsian Ilmu , Literasi ke Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan Literasi Maklumat di Pusat Racun Negara, Perpustakaan Hamzah Sendut dan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah  di Universiti Sains Malaysia. Pada hari terakhir peserta telah mengikuti Bengkel Resensi Buku yang disampaikan oleh En Mohd Radzif bin Ismail dari BTPN Kedah.



[Continue reading...]

Thursday, 11 June 2015

ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PULAU PINANG 2014

Majlis Anugerah ini telah diadakan pada 26 Mei 2015 bertemnpat di Dewan SMS Kepala Batas.Majlis anugerah ini telah di rasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang Yang Berbahagia Dato` Haji Osman bin Hussain.Objektif majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada Pusat Sumber Sekolah cemerlang  dan Pusat Sumber yang terbaik dan mencapai 5 Bintang dalam Indeks Kualiti Pusat Sumber Sekolah (IQPSS).
Berikut adalah penerima Angerah Pusat Sumber Peringkat Negeri Pulau Pinang.


Kategori Sekolah Menengah

Tempat Pertama  - SMJK Heng Ee
Tempat Kedua    - SMK Tun Hussein Onn
Tempat Ketiga    - SMK Bukit Jambul
Saguhati              - SMK Tasek dan SMK Teluk Kumbar

 Kategori Sekolah Rendah

Tempat Pertama  - SK Telok Air Tawar
Tempat Kedua    - SK Bandar Baru Perda
Tempat Ketiga     - SK Seberang Jaya
Saguhati              - SK Pulau Betong dan SK Bayan Baru



[Continue reading...]

Friday, 3 April 2015

PERLAKSANAAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2015 (KM1M 2015)


Merujuk kepada surat dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KP/KPPM/Jld 3(31) bertarikh 27 Mac 2015 kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang program KM1M 2015 akan diadakan selama tiga hari iaitu 21 hingga 23 April 2015 dengan tema “ Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia”.

Sehubungan itu,semua sekolah perlu menyertai program ini dan melaksanakan program tersebut pada tarikh dan masa yang dinyatakan.


[Continue reading...]

Thursday, 12 March 2015

BENGKEL PENGURUSAN FAIL KUASA PUSAT SUMBER PKG PULAU PINANG

Bengkel Pengurusan Fail Kuasa ini telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Sumber Pendidikan , Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang (BTPNPP) pada 2 Mac hingga 4 Mac 2015 bertempat di bilik Komputer BTPN PP. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pembantu Tadbir PKG Pulau Pinang dalam pengurusan Pusat Sumber Pusat Kegiatan Guru. Dengan adanya bengkel ini diharabkan Pembantu Tadbir dapat membantu Pegawai Teknologi Pendidikan di PKG dalam menguruskan Pusat Sumber seperti proses buku, cd, dvd dan sebagainya.
[Continue reading...]

Saturday, 7 February 2015

BENGKEL PEMBINAAN MODUL LITERASI MAKLUMAT 2015


Unit Pengurusan Sumber Pendididikan(UPSP), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang (BTPNPP) dengan Kerjasama Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang(PPSSPP) telah mengajurkan Bengkel Pembinaan Modul Literasi Maklumat (LM) 2015 pada 4 Februari 2015 hingga  Februari 2015 bertempat di BTPN Pulau Pinang. Bengkel ini bertujuan untuk mewujudkan satu skema sebagai panduan kepada guru perpustakaan dan media menyediakan perancangan aktiviti LM  dan dokumentasi .

Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada guru perpustakaan dan media, pegawai pendidikan  dari Pejabat Pendidikan Daerah, Pegawai Teknologi Pendidikan dari Pusat Kegiatan Guru dan Pegawai Teknologi Pendidikan BTPNPP. Puan Hj Jusniar bt Abd Jalil, Pengetua SMK Permatang Tok Jaya, Kepala  Batas telah dilantik untuk menyampaikan ceramah dalam bengkel ini.

Bengkel ini juga secara tidak langsung memberi panduan kepada peserta untuk lebih memahami kehendak Instrumen Penilaiaan Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan yang akan digunakan di semua sekolah di Pulau Pinang pada tahun ini.



[Continue reading...]

Monday, 26 January 2015

PELAKSANAAN PROSES KEMASKINI DATA , REKOD BACAAN MURID 2015 (INILAM) DAN IQPSS



Pelaksanaan Kemaskini data dan maklumat dalam talian I-NIALAM dan IQPSS sudah boleh digunakan.Harab semua sekolah boleh mengambil tindakan dengan melayari www.nilam .tarantula.my dan iqpss.tarantula.my.
[Continue reading...]
 
Copyright © . USE - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger