Thursday, 25 September 2014

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT PULAU PINANG 2014

Pada 23 dan 24 Oktober 2014 BTPN Pulau Pinang melalui Unit Pengurusan Sumber Pendidikan telah menganjurkan Pertandingan Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2014.
Objektif Pertandingan Pemilihan Tokoh Nilam ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada murid yang terlibat secara aktif dalam dunia pembacaan sebagai Tokoh NILAM Negeri Pulau Pinang dan untuk memilih calon-calon yang akan mewakili Negeri Pulau pinang ke Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan 2015.
Sasaran Kem Nilam ialah murid tahun 5 sekolah rendah dan tingkatan 4 sekolah menengah yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan terutamanya dari segi jumlah bilangan buku yang dibaca, penglibatan dalam aktiviti bacaan, pencapaian akademik yang terbaik dan kebolehan pelajar mengaplikasikan bahan bacaan yang dibaca.
Sebanyak  empat kategori di pertandingan iaitu:
1. Kategori Sekolah Menengah Bahasa Malaysia
2. Kategori Sekolah Menengah Bahasa Inggeris
3. Kategori Sekolah Rendah Bahasa Malaysia
4. Kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris

Keputusan pemilihan Tokoh NILAM ini akan diumumkan pada minggu terakhir Oktober 2014 dalam Majlis Anugerah Tokoh NILAM 2014.


[Continue reading...]

Friday, 12 September 2014

KEM NILAM 2014

Kem NILAM 2014 telah diadakan pada 9 September 2014 hingga 11 September 2014. Kem selama tiga hari ini telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Perpusatakaan Awam Negeri Pulau Pinang dan Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang. Objektif kem ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada murid tahun 5 dan tingkatan empat yang terlibat secara aktif dalam aktiviti NILAM di sekolah masing-masing.Seramai 78 orang murid telah dipilih setelah disaring melalui pencalonan peringkat PKG iaitu 32 murid sekolah menengah dan 46 murid sekolah rendah.Keutamaan diberikan kepada murid yang mempunyai rekod bacaan NILAM yang tinggi, penglibatan aktif dalam aktiviti bacaan, pencapaian akademik yang baik dan berketrampilan dalam kepempinan.
Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjan kem tersebut antaranya Kenali rakan , kemahiran perpustakaan, kemahiran berfikir, sktetsa dan lagu , permainan bahasa dan Diskusi Buku yang disampaikan oleh Penceramah Khas dari BTPN Kedah. Pada hari kedua aktiviti kem berpusat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan diatur oleh pegawai-pegawai perbadanan perpustakaan awam. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah dilaksanakan di sana.



[Continue reading...]
 
Copyright © . USE - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger