Tuesday, 4 November 2014

BENGKEL KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER


Bengkel Kerja Kecemerlangan Pusat Sumber Dan Anugerah Pusat Sumber Kebangsaan
Peringkat Kebangsaan anjuran BTP telah dilaksanajan pada: 23 – 25 September 2014 bertempat di Glory Beach Resort Port Dickson Negeri Sembilan.

Seramai tujuh orang peserta (6 orang GPM dan 1 orang Pen.Pengarah) bertolak ke Glory Beach Resort Port Dickson dengan van jabatan pada jam 8.00 pagi.

Tiba di Port Dickson pada jam 2.30 petang.  Peserta masuk ke dewan untuk raptai  Anugerah PSS.
SK Permatang Tok Mahat dinobatkan tempat ke Tiga kategori Sekolah Rendah. Sekolah menerima trofi, sijil dan wang RM1000.00.
Senarai penuh pemenang ialah

Kategori Sekolah Mnengah
1.       SM tengku Panglima Perang ,Pahang
2.       SM La Saale Sabah
3.       SMA Mahmudiah Terangganu

Kategori Sekolah Rendah
1.       SK Felda Jenrangau Barat Terangganu
2.       SK Matang jaya Serawak
3.       SK Permatang Tok Mahat Pulau Pinang

Wakil Tuan Pengarah JPPP (Dr.Mohd Nazari bin Yaakob KSPA JPPP)  turut hadir dalam majlis tersebut uang dirasmikan oleh Datok KPPM. (Dr.Khair Bin Mohamad Yusof)

Bengkel bermula pada 24 dan 25 Sebtember 2014. Peserta mendapat pengalaman dan bertukar pendangan dan pendapat mengenai kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah masing-masing.

Implikasi kewangan   untuk program ini  ialah 2 orang GPM dibiaya oleh BTP dan 4 orang GPM di biaya oleh PPSSPP (Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang).  Manakala perjalanan pula ditanggung oleh BTPNPP.

Program amat merangsang minat peserta dan berharap untuk masa akan dating dapat ditambah lagi peserta untuk mengikuti program sebegini.



[Continue reading...]

Thursday, 9 October 2014

SEMINAR PEMBACAAN SEKOLAH_SEKOLAH PULAU PINANG 2014



SEMINAR PEMBACAAN SEKOLAH_SEKOLAH PULAU PINANG 2014
Tarikh :16 Oktober 2014
Masa : 8.00 - 5.00 petang
Tempat : Auditorium ILP Kepala Batas



[Continue reading...]

Thursday, 25 September 2014

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT PULAU PINANG 2014

Pada 23 dan 24 Oktober 2014 BTPN Pulau Pinang melalui Unit Pengurusan Sumber Pendidikan telah menganjurkan Pertandingan Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2014.
Objektif Pertandingan Pemilihan Tokoh Nilam ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada murid yang terlibat secara aktif dalam dunia pembacaan sebagai Tokoh NILAM Negeri Pulau Pinang dan untuk memilih calon-calon yang akan mewakili Negeri Pulau pinang ke Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan 2015.
Sasaran Kem Nilam ialah murid tahun 5 sekolah rendah dan tingkatan 4 sekolah menengah yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan terutamanya dari segi jumlah bilangan buku yang dibaca, penglibatan dalam aktiviti bacaan, pencapaian akademik yang terbaik dan kebolehan pelajar mengaplikasikan bahan bacaan yang dibaca.
Sebanyak  empat kategori di pertandingan iaitu:
1. Kategori Sekolah Menengah Bahasa Malaysia
2. Kategori Sekolah Menengah Bahasa Inggeris
3. Kategori Sekolah Rendah Bahasa Malaysia
4. Kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris

Keputusan pemilihan Tokoh NILAM ini akan diumumkan pada minggu terakhir Oktober 2014 dalam Majlis Anugerah Tokoh NILAM 2014.


[Continue reading...]

Friday, 12 September 2014

KEM NILAM 2014

Kem NILAM 2014 telah diadakan pada 9 September 2014 hingga 11 September 2014. Kem selama tiga hari ini telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Perpusatakaan Awam Negeri Pulau Pinang dan Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang. Objektif kem ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada murid tahun 5 dan tingkatan empat yang terlibat secara aktif dalam aktiviti NILAM di sekolah masing-masing.Seramai 78 orang murid telah dipilih setelah disaring melalui pencalonan peringkat PKG iaitu 32 murid sekolah menengah dan 46 murid sekolah rendah.Keutamaan diberikan kepada murid yang mempunyai rekod bacaan NILAM yang tinggi, penglibatan aktif dalam aktiviti bacaan, pencapaian akademik yang baik dan berketrampilan dalam kepempinan.
Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjan kem tersebut antaranya Kenali rakan , kemahiran perpustakaan, kemahiran berfikir, sktetsa dan lagu , permainan bahasa dan Diskusi Buku yang disampaikan oleh Penceramah Khas dari BTPN Kedah. Pada hari kedua aktiviti kem berpusat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan diatur oleh pegawai-pegawai perbadanan perpustakaan awam. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah dilaksanakan di sana.



[Continue reading...]

Friday, 9 May 2014

ANUGERAH PUSAT SUMBER NEGERI 2013 DAN ANUGERAH NILAM 2013

Anugerah Pusat Sumber Negeri Pulau Pinang 2013 dan Anugerah NILAM  Negeri  Pulau Pinang telah diadakan pada 8 Mei 2014  Bertempat di Dewan Aminudin Baki , IPG Tuanku Bainun Bukit Mertajam.Anugerah dan Penyampaiam Hadiah telah di sampaikan oleh Timbalan Pengarah Dr. Hjh. Sharifah Bee binti Aboo Bakar.Majlis ini juga turut dihadiri oleh Tn. Hj. Daud bin Md Saman
Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun,  Ketua Sektor Pengurusan Akademik  En. Nafiah bin Mat dan Ketua Penolong pengarah BTPN Negeri Pul;au Pinang.Berikut Disenaraikan pemenang-pemenangAnugerah tersebut:

Pusat Sumber Sekolah Menengah

Tempat Pertama : SMK Penanti
Tempat Kedua : SMK Convent Bukit Mertajam
Tempat Ketiga : SMK Phor Tay
Tempat Ke Empat : SMK Tinggi Bukit Mertajam
Tempat ke Lima : SMK Dato Onn


Pusat Sumber Sekolah Rendah

Tempat Pertama : SK Permatang Tok Mahat
Tempat Kedua : SK Telok Ayer Tawar
Tempat Ke Tiga : SJKC Jit Sin B
Tempat Ke Empat : SK Bandar Baru Perda
Tempat Ke Lima : SK SK Bayan Lepas II

Anugerah  NILAM Negeri 2013

Sekolah Menengah Bahasa Inggeris
Sherlin Ooi Shiyan  - SMJK PEREMPUANC HINA

Sekolah Menengah Bahasa Malaysia
Nur Alia Nabihah Bt Adnan  - SMKA AL IRSHAD

Sekolah Rendah Bahasa Inggeris
Nur Huda Binti Eshaifol Azam - SK BERTAM  INDAH

Sekolah Rendah Bahasa Inggeris
Darwisy Aqil B. Abd Razak - SK PAUH JAYA

Tokoh NILAM Negeri 2013

Nur Alia Nabihah Bt Adnan  - SMKA AL IRSHAD
Nur Huda Binti Eshaifol Azam - SK BERTAM INDAH

Anugerah NILAM  Peringkat Kebangsaan 2014

 Tempat Ke Tiga
Sekolah Rendah Bahasa Inggeris 

Nur Huda Binti Eshaifol Azam - SK BERTAM  INDAH

Tempat Ke Empat 
Sekolah Menengah Bahasa Malaysia
Nur Alia Nabihah Bt Adnan  - SMKA AL IRSHAD

[Continue reading...]

Monday, 5 May 2014

KURSUS PENGURUSAN PSS PERINGKAT PERTENGAHAN 2014 SIRI 1

Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah untuk Guru Perpustakaan dan Media ini telah dianjurkan oleh Unit Latihan BTPN PP dengan kerjasama Unit Pengurusan Sumber Pendidikan BTPN Pulau Pinang.Siri satu  kurus ini telah diadakan pada 5 Mei 2014 bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 53 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut. pada Siri 1 Peserta didedahkan dengan Literasi Maklumat oleh En Roshidi Bin Mat, perancangan PSS oleh Pn Hindon bt Ahmad.

SILA LIHAT GAMBAR SETERUSNYA DI GALERI


[Continue reading...]

Monday, 3 March 2014

MESYUARAT HAKIM PENILAIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PULAU PINANG 2013

Mesyuarat Hakim Pertandingan Pusat Sumber Sekolah 2013 telah  diadakan pada 3/3/2014 bertembpat di Bilik Mesyuarat BTPN PP.Seramai 30 orang hakim terdiri daripada Pegawat Teknologi Pendidukan PKG Pulau Pinang, Pegawai Teknologi Pendidikan UPSP BTPNPP dan 4 orang wakil PPD .Mesyuarat ini diadakan untuk memberi taklimat memgenai pengisian markah dalam intrument dan perberapa isu dalam 


[Continue reading...]

Friday, 28 February 2014

MAJLIS PENUTUP BENGKEL PEMANTAPAN ASAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2014

Pada 27 Februari 2014 berakhirlah Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 2014 Bahagian Teknologi Pendidikan Pulau Pinang. Selama lima hari guru  perpustakaan dan media berulang alik untuk mendapatkan ilmu berkaitan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah bermula 2 Februari 2014. Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup telah disempurnakan oleh Pn Hindon bt Ahmad Penolong Pengarah , Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Untuk dapatkan gambar-gambar sepanjang aktiviti sila klik di Galeri .




[Continue reading...]

Thursday, 6 February 2014

BENGKEL ASAS PEMANTAPAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2014 FASA 1

Bengkel ini diadakan dalam lima fasa iaitu satu hari dalam seminggu pada bulan Februari 2014. Fasa pertama telah berlangsung pada 5 Februari 2014 BTPN Pulau Pinang fasa terakhir dijandualkan pada 27 Februari 2014. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan asas pengurusan pusat sumber sekolah kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) yang baru dilantik.seramai 63 orang GPM dari seluruh sekolah di Pulau Pinang telah mengikuti bengkel ini.



[Continue reading...]
 
Copyright © . USE - Posts · Comments
Theme Template by BTDesigner · Powered by Blogger