Tuesday, 25 December 2012

Aktiviti UPSP(sambungan 4)



20. Pameran Buku KL

1.5.2012 . 36 oarang dalam satu bas menuju ke Kuala Lumpur untuk ke Pesta Buku KL telah berlangsung dengan jayanya. Ramainya orang kat pesta buku amat menakjubkan. Langgar gesel, sesak nafas dan ditambah dengan keadaan kesihatan yang agak menurun membuatkan aku letih dalam perjalanan tersebut. Tidak habis gerai yang ku lawat. Alhamdullillah kerana berjaya juga menganjurkan lawatan tersebut dengan kerjasama Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang.

21.  Ceramah di SMTSSS

7.5.2012 telah berlangsung "Seminar PSS dan NILAM" di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin Bukit Mertajam. Agaknya ada 40 orang guru-guru yang hadir.
 

22.    Kem penulis muda
Satu kolaboratif bersama Persatuian Penulis Pulau Pinang, BTPN Pulau Pinang telah berjaya menjalankan satu program untuk pelajar-pelajar yang berminat untuk menjadi penulis. Seramai 64 orang pelajar terpilih dari seluruh negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PKG Pulau Pinang.  Program dijalankan pada 26 dan 27 Jun 2012.
Ada juga PKG yang memilih sekolah di kawasannya tetapi sekolah tersebut menolak tawaran dan tidak hadir pada hari berkenaan tanpa memaklumkan ketidak hadiran mereka. Tahniah kepada PKG yang dapat menguruskan pelajar di kawasan anda sehingga berjaya sampai ke peringkat negeri.

Dalam program pelajar didedahkan dengan kaedah Literasi Maklumat dan bagaimana membina pantun tradisional dan berbalas pantun. Akhirnya mereka dapat mengumpulkan 640 buah pantun mengikut tema yang telah diarahkan kepada mereka.
 
bersama fasilitator mencari maklumat

pembentangan hasil maklumat yang diperolehi